DAP mula menunjukkan belang sebenar mereka apabila dengan angkuh mengumumkan projek ternakan babi bernilai RM100 juta di Selangor. Menghairankan kerana Pas (yang kesemua ahlinya diketahui beragama Islam) menyokong projek tersebut tanpa ragu-ragu. Ini berdasarkan kenyataan Hassan Ali dan Dr. Halimah. Saya masih teringat kenyataan seorang pemimpin Pas tidak lama dulu yang mempersendakan pemimpin negara dengan mengaitkannya dengan babi kerana isu Japanese Encephalitis (JE).
Sekarang pula, Pas berpendirian sebaliknya dan terpaksa menerima kembali kata-kata itu. Apakah ahli-ahli Pas masih buta untuk melihat sandiwara golongan yang memperalatkan agama ini? Pas kini hanya boneka kepada DAP dan sebab itulah kini DAP bebas melakukan apa saja terhadap negeri-negeri yang dikuasai mereka.
Malah manifesto yang dijanjikan pada rakyat Selangor masih belum tertunai seperti penghapusan tol, mengurangkan pekerja asing dan sebagainya. Sebaliknya, mereka memberikan keutamaan kepada babi. Rakyat Selangor sama ada Melayu, Cina dan India, tidak terhinakah anda dengan tindakan kerajaan Selangor ini? Babi di Selangor kini lebih penting daripada anda, seolah-olah babi yang telah mengundi mereka pada pilihan raya lalu.
Tidak mustahil negeri-negeri yang dikuasai DAP seperti Perak dan Pulau Pinang akan menuruti langkah Selangor selepas ini. Persoalannya, kenapa Nik Aziz dan Hadi Awang berdiam diri?
AM PIAN
Tapah.
0 ulasan:
Catat Ulasan