Selasa, 1 April 2008

SMS Pilihan 1 April 2008

Sumber Utusan Malaysia

HINDRAF tetap pelampau. Selagi tidak minta maaf dan insaf, jangan bebaskan para pemimpin mereka.

– PATRIOT

SEMANGAT perkauman Samy Vellu terlalu tebal dan isyarat bukan Melayu semakin menekan Melayu.

– PESARA

PEMIMPIN UMNO perlu membantah rayuan Presiden MIC bebaskan pemimpin Hindraf. Adakah MIC menyokong tindakan ganas Hindraf sebelum ini?

– KAMI KELIRU

SOKONG pendapat Awang Selamat. Kerajaan jangan tunduk tindakan desak bebaskan Hindraf. Kumpulan ini bahaya. Mereka juga kata, UMNO musuh mereka.

– 017-234XXXX

SAYA tidak setuju Samy Vellu campur tangan ISA. Penahanan dan pembebasan ISA bukan atas faktor kaum.

– 017-734XXXX

KATA suruh boikot barang Belanda. Apa barangnya? Senaraikan dalam surat khabar. Ramai tidak tahu.

– DECANTER

MINTA Utusan Malaysia siarkan senarai barangan keluaran Belanda agar boleh kami boikot.

– 017-884XXXX

MALU dan marah kepada PKR. Undi kepada pembangkang bukan mandat untuk hapuskan DEB atau DPN.

– HAJI YAHAYA

SIAPA kata DEB dan DPN mencerminkan pemikiran kuno. Bagaimana pula sekolah rendah jenis kebangsaan bahasa ibunda masing-masing? Mana ada negara lain begitu.

– PERANTAU

ORANG Melayu jangan tak tahu DAP akan mempergunakan Pas dan PKR selagi tidak dapat menawan Kerajaan Pusat. Ibarat habis manis sepah dibuang. Sesal dah tak guna.

– 019-278XXXX

KETUANAN Melayu akan berakhir! Apakah bangsa Melayu lebih suka ‘bertuan’ daripada menjadi ‘tuan’ di tanah tumpah darah sendiri.

– MAS

HARI demi hari keadaan politik orang Melayu makin lemah. Ingatlah Melayu jangan kerana kecuaian kita anak cucu kita akan jadi hamba di tanah air sendiri. Bersatulah Melayu.

– ZULAMRIZA

0 ulasan: