Khamis, 10 April 2008

‘Lesen besar’ ternak babi



Sisa kumbahan babi yang dibuang terus ke laut Pantai Morib di Sepang boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.


MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Parti Keadilan Rak- yat (PKR) dan Pas, begitu bersungguh- sungguh menguar-uarkan konsep per- juangan mereka yang bertunjangkan ne- gara kebajikan.

Semua janji-janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang itu begitu menarik dilihat, sudah pasti bagi orang yang tidak berfikir panjang, tidak ada alasan bagi mereka untuk me- nolaknya.

Keputusannya, rakyat memberi mandat besar kepada pembangkang, sehingga mampu merampas empat negeri – Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Kedah daripada Barisan Nasional (BN).

Tanpa berlengah, kerajaan keempat- empat negeri berlumba-lumba cuba me- nunaikan janji-janji mereka yang ‘berjaya’ menawan pengundi.

Namun dalam keghairahan itu, umpama ‘kaduk naik junjung’, ada kerajaan negeri yang terlampau cuba menonjolkan ketelusan kepada rakyat.

Sikap keterlaluan itu menyebabkan ada yang terlupa akan sensitiviti penduduk pelbagai kaum di negara ini setelah merasakan mereka kini mempunyai ‘lesen besar’.

Di Selangor, keputusan kerajaan negeri yang segera meluluskan projek ladang ternakan babi moden di Ladang Tumbuk, Mukim Batu di Kuala Langat, merupakan hadiah negara kebajikan yang melukakan hati rakyat.

Sebelum ini, PKR dan Pas menjaja ke seluruh negara membelasah BN yang mencadangkan projek itu. Malah, pendu- duk kawasan sekitar Kuala Langat dan Sepang, pasti masih mengingati risalah yang diedarkan Pas menjelang pilihan raya umum lalu mengenai projek itu.

‘Teknologi dari Jerman, yang terbesar di Asia. Bersih, bau tak ada, katanya. Ta- pi babi tetap najis! Buat apa ternak kat sini. Tempat lain tak ada? Yang tak ada orang duduk. Sementara ada peluang sekarang, gunakanlah. Memang bagi orang Islam, babi merupakan perkara paling sensitif sekali. Tidak ada orang Islam sanggup menyentuh haiwan itu.’

Tetapi semata-mata mahu cara meng- halalkan matlamat, dua Exco Melayu ber- agama Islam di Selangor sanggup mempertahankan keputusan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari misalnya, mempersoalkan kenapa media terlalu menonjolkan isu itu.

“Umat Islam sendiri dibenarkan men- jamah daging babi apabila darurat, tetapi kenapa media tidak menonjolkan be- rita mengenai zina,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali pula menjelaskan, selagi projek itu tidak mencemarkan alam sekitar, Pas tidak menghalang daripada menyokongnya ba- gi memenuhi keperluan penduduk bukan Islam.

“Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi tetapi orang bukan Islam pula makan babi, itu hak mereka, ini bukan soal rasuah dan jenayah yang sepatutnya menjadi keutamaan kita untuk membanterasnya,” katanya.

Itulah kata-kata apabila orang sudah mendapat kuasa. Jika sebelumnya, sebut apa sahaja yang dilakukan kerajaan BN, semua tidak betul, bekerjasama dengan bukan Islam adalah haram, tetapi lihatlah sekarang, inilah hadiah negara kebajikan yang dijanjikan kepada rakyat.

Berselerak

Barangkali kerajaan campuran diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas di Selangor, melihat projek yang dikatakan mencecah nilai RM100 juta itu, mampu memusatkan ternakan babi yang ketika ini dijalankan secara berselerak di sesetengah kawasan di negeri itu.

Setakat ini, sebanyak 137 ladang dicatatkan beroperasi di Selangor, keempat tertinggi selepas Pulau Pinang yang mempunyai 227 ladang, Perak (152) dan Kelantan (151).

Persoalannya kenapa kerajaan negeri begitu beria-ia benar untuk meluluskan projek ini? Adakah bekalan babi masih tidak mencukupi untuk menampung ke- perluan orang bukan Islam di Selangor yang dianggarkan seramai 1.3 juta Cina dan 647,000 India.

Setakat ini tidak pernah ada laporan bekalan babi di negeri itu tidak mencukupi termasuk ketika musim-musim perayaan, sesuatu yang mustahil memandangkan mengikut penternak, seekor babi betina mampu melahirkan 10 ekor anak dalam masa tiga bulan.

Sekiranya, sebuah ladang mempunyai 300 ekor babi betina dewasa, jika dihitung, setiap seekor mampu melahirkan kira 900 ekor setiap tempoh tiga bulan dan 3,600 ekor untuk tempoh setahun.

Oleh itu, Selangor boleh dikatakan mampu menternak kira-kira 493,200 ekor babi untuk tempoh setahun. Jumlah itu dilihat cukup untuk menampung keperluan orang bukan Islam kerana angka tersebut tidak lagi termasuk jumlah kemasukan bekalan daging babi da- ripada negeri lain ke Selangor.

Keputusan kerajaan negeri meluluskan projek ladang babi yang berskala besar, perlu difikirkan semula kerana ia sebenarnya satu projek yang tidak mem- beri manfaat kepada semua rakyat.

Sebaliknya, kelulusan projek ternakan yang kononnya ‘berteknologi Jerman’ itu hanya mengundang kemarahan rakyat terutamanya di daerah Sepang yang majoritinya tidak mahu projek itu dilaksanakan di kawasan mereka.

Ini kerana, daerah berkenaan terdiri daripada kira-kira 86,000 penduduk majoriti adalah berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Kerajaan negeri seharusnya mengambil kira komposisi itu sebelum bersetuju melaksanakan projek sedemikian.

Ini kerana bantahan yang sama mungkin timbul sekiranya kerajaan negeri membina sebuah masjid besar di tengah-tengah kawasan yang majoritinya bukan Islam.

Bagi bekas Menteri Besar Selangor, belum terlambat untuk kerajaan negeri membatalkan atau mengalihkan projek itu ke tempat lain.

“Kerajaan negeri dahulu hanya bersetuju meluluskan projek untuk skala kecil, itu pun belum ditetapkan lokasinya.

“Kalau penduduk setempat membantah atau penternak tidak bersetuju, kita akan batalkan projek itu,” kata bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Sepatutnya, sebarang keputusan terutama membabitkan perkara-perkara menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, kerajaan negeri perlu mengambil kira segala pandangan dan memberikan keutamaan yang difikirkan sesuai demi ke- pentingan majoriti.

Akibat keresahan dan kebimbangan terhadap projek itu, sekumpulan kira-kira 200 penduduk bertindak berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, membantah projek itu.

Ketua Kampung Tumbuk Darat, Mohamad Tarmudi Tushiran yang mengetuai penduduk Kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat, Tanjung Laut, Layang, Kundang dan Indah, meluahkan suara hati mereka terhadap ketidakprihatinan kerajaan negeri terhadap permasalahan mereka.

Sedangkan penternak babi secara kecil-kecilan sudah cukup membuatkan penduduk Melayu di situ menanggung derita sejak puluhan tahun lalu, inikan pula projek berskala besar.

Sebut apa sahaja – bau busuk, air su- ngai dan pantai yang tercemar akibat pembuangan sisa serta najis ternakan itu yang tidak terkawal.

“Kami (penduduk) sudahlah tidak tahan lagi dengan masalah itu, ditambah lagi dengan keputusan kerajaan negeri nak bina projek ternak babi secara besar-besaran di kawasan ini.

“Apakah kawasan tanah di sekitar penempatan kami ini sesuai untuk ternak babi? Kenapa tidak ternak benda lain menggunakan teknologi tinggi seperti lembu atau kambing secara besar-besaran supaya semua orang sama ada Melayu, Cina dan India dapat nikmati semua, paling kurang pun, ada juga peluang kerja untuk semua orang,’’ katanya.

Dalam soal ini, kerajaan negeri pimpinan parti campuran ini seolah-olah menidakkan peranan rakyat dalam setiap pembangunan di negeri itu.

Malah, kerajaan negeri juga dilihat se- perti lupa diri selepas dihadiahkan man- dat oleh rakyat. Demi memenuhi tuntutan ‘rakan sebantal’, kepentingan pengundi sanggup dikorbankan.

1 ulasan:

ismi_watch berkata...

Be Truthful, Tell the truth even if it is bitter!

BEBERAPA PERSOALAN MENGENAI ISU BABI DI SELANGOR

1. Adakah salah jika kerajaan membenarkan penternakaan babi?

Di dalam masyarakat majmuk, Islam membenarkan penganut agama lain mengamalkan cara hidup mereka masing-masing. Kerajaan harus membenarkan penternakan babi bagi kegunaan penganut bukan Islam selagi tidak menimbulkan masalah kepada masyarakat lain.

2. Apa masalahnya?

Masalahnya ialah penternakan babi menimbulkan kesan alam sekitar yang sangat besar dari segi bau dan pencemaran sumber air. In terbukti dengan kes-kes yang berlaku di banyak tempat termasuk di Melaka, Negeri Sembilan dan Sepang, kawasan yang menjadi pertikaian kini.


3. Adakah ini isu baru?

Tidak. Isu ini telah banyak kali timbul. Terdapat lebih 200,000 babi yang kini dibela secara berleluasa di Selangor tanpa kawalan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

4. Apa penyelesaiannya?

Ada tiga pilihan:

1. Haramkan terus penternakan babi di Malaysia
2. Biarkan saja penternakan babi berjalan seperti sekarang dengan pencemaran baud an airnya
3. Kerajaan keluarkan sedikit wang untuk membina kompleks penternakan yang bersih dan mesra alam bagi memastikan non-Muslim terus boleh menikmati cara hidup pilihan mereka tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar dan keselesaan masyarakat Islam.

Bukankah pilihan ketiga itu yang paling logik dan bijaksana.

4. Apa bentuk yang akan dilaksanakan?

Sistem penternakan secara berpusat, tertutup dan moden projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini.

Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini.


HAK BUKAN ISLAM TERBELA, KESELESAAN MASYARAKAT LAIN TERPELIHARA.

Syabas Kerajaan Pakatan Rakyat! PAS untuk semua.