Sumber Utusan Malaysia
SEMASA membasmi wabak virus Nipah dahulu, penternak babi lari, pegawai kesihatan terpaksa bertungkus- lumus membantu membasmi virus penyakit tersebut.
PMel
ISU babi hangat dibincangkan. Esok tidak tahu isu apa pula akan muncul di Selangor. Itulah yang baru tidak semestinya menjanjikan keindahan semata-mata.
PAK ALANG
ORANG Melayu di Selangor bangga apabila pangkah PKR dan sepatutnya lebih berbangga apabila MB luluskan RM100 juta untuk ladang babi!
TAHNIAH
DAP sudah ‘besar kepala’ di Selangor terutama Exconya, Teresa Kok. Sejak jadi Exco, macam-macam dia mahu. Ha- rap PKR, Pas Selangor jangan layan.
ALINA
TAHNIAH orang Selangor sebab dapat ‘habuan’ mega. Perak bila nak dapat?
TAUKEH BLAK, KELANTAN
APA PUN jawapannya, babi tetap kotor di mata dan jijik di hati.
ANAK HANG TUAH
TAHNIAH untuk rakyat Selangor kerana negeri ini akan menjadi tempat pengeluaran babi terbesar di rantau ini. ARSAT
PAS sokong projek babi di Selangor. Apa telah jadi dengan parti ini?
MELUAT
RAKYAT memilih pembangkang di Selangor bukan untuk menjaga kepentingan babi?
PEMUDA BENGANG
SYORKAN rakyat Selangor saman Pas atas dakwaan membuat kenyataan bohong semasa berkempen membantah ternakan babi.
DIJAM
MB dan Exco Melayu dari Selangor perlu sedar bahawa kuasa anda semua mungkin tidak lama tetapi ternakan babi akan berterusan selama-lamanya.
PAK ALI
PELIK tetapi benar, macam mana Kelantan boleh jadi negeri ketiga terbesar mempunyai bilangan ladang babi di Malaysia sedangkan majoriti penduduk negeri orang Islam.
KHAIRUL
TERIMA kasih Kerajaan Selangor kerana dengan isu babi hampir 100 peratus orang Melayu tidak akan mengundi anda semula. Ini adalah kerajaan pertama dan terakhir buat anda di Selangor.
LINDA
KEPADA pelanggan Astro. Boikot adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan segala permasalahan. Kita adalah bos, duit kita punya!!
CHIMERA
0 ulasan:
Catat Ulasan