Isnin, 7 April 2008

SMS PILIHAN 7 APRIL 2008

SMS

SEMUA pihak kena akur keputusan pilihan raya umum 2008 jauh lebih buruk berbanding 1999. Negeri yang majoriti Melayu seperti di Kedah juga boleh tewas.

ULAS MENTERI

AKHIRNYA terbukti Amerika Syarikat contohi langkah kewangan kita ketika tangani gawat pada 1997/98. Mujur kita tidak ikut formula Anwar Ibrahim pada waktu itu. Tahniah Tun Dr. Mahathir.

NASIONALIS

YANG benar akan terbukti kemudian. Lihatlah langkah pemantapan ekonomi Amerika Syarikat yang mengikut formula kita yang dilaksanakan 10 tahun lalu.

RAKYAT BANGGA

BETUL kata Tan Sri Muhyiddin. Kita perlu nyatakan kebenaran demi mencari kekuatan baru.

TIDAK TAKUT

HAIRAN Pas masih gagal ‘menjinakkan’ DAP untuk menjayakan konsep negara Islam walaupun sudah bekerjasama dalam satu pakatan.

PENGUNDI PAS

HARAP Pas jangan tunduk kepada DAP dalam isu menegakkan negara Islam. Insya-Allah, kita pasti berjaya akhirnya.

AHLI SEPANJANG HAYAT

TIDAK wajar Karpal Singh kritik Pas jika berpegang kepada semangat muafakat dalam pakatan pembangkang. Jangan kerana sudah menang lebih banyak kerusi, Pas tidak dihormati.

HAJI MAN

DICADANG seorang lagi wakil Selangor, Datuk Subahan Kamal turut bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Beliau berani, berjiwa rakyat dan berkebolehan.

VETERAN UMNO

PERTIMBANGKAN kempen selamatkan Sufiah kerana kos yang sama boleh digunakan untuk selamatkan ramai lagi pekerja seks di Malaysia.

DZUHATA

KERAJAAN Belanda cakap kononnya berpendirian tidak menyokong filem Fitna tetapi pada masa sama tetap luluskan tayangan filem itu. Teruskan kempen boikot Belanda dan Denmark.

012-9003XXX


CADANG kepada pihak kerajaan khususnya JPJ supaya huruf ‘OKU’ dijadikan nombor pendaftaran khas kenderaan untuk golongan orang kurang upaya sebagai tanda menghargai golongan tersebut.

OKU 41

KESAL sikap kakitangan Bahagian kaunter Ubat, Kecemasan dan Trauma, Pusat Perubatan Universiti Malaya yang bersikap endah tak endah dan tidak mesra pelanggan.

– 017-6205XXX


SYABAS PDRM kerana kejayaan besar merampas dadah berpuluh juta ringgit. Rakyat mahu tahu bagaimana ia dimusnahkan dan tindakan kepada terhadap yang terlibat serta pemusnahan sindiket seterusnya di seluruh negara.

– 019-2667XXX

JALUR Gemilang patut direka dan diberi nafas baru supaya tidak dibayangi dengan bendera Amerika Syarikat. - HARSNIZAL JULANI.

HARAMKAN terus produk Belanda di pasar raya daripada sekadar mempamerkan label merah. Ini bukan tindakan berani memboikot barangan Belanda, tetapi taktik peniaga untuk melariskan produk lain. - 019-5941XXX.

MB Selangor perlu ingat, gaji yang beliau perolehi juga daripada pembayar cukai, maka setiap keputusan beliau, rakyat perlu tahu. - WORKING CLASS.

Kerajaan Belanda cakap kononnya berpendirian tidak menyokong filem Fitna tetapi pada masa sama tetap luluskan tayangan filem itu. Teruskan kempen boikot Belanda dan Denmark. - 012-9003XXX.

MINTA pemimpin UMNO seluruh Malaysia turun padang untuk pulihkan dan bangkitkan semangat orang Melayu dan bersatu di bawah satu parti. Jangan tunggu sampai PRU 13. - EX RAMD.

0 ulasan: