Khamis, 3 April 2008

SMS Pilihan 3 April 2008

SMS

Sumber Utusan Malaysia

JIKA benar rakyat Malaysia tidak lagi mengutamakan kaum, wujudkan hanya satu aliran bahasa di sekolah sebagaimana di negara lain.

– ANAK SARAWAK

SOKONG Mukhriz Mahathir untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda. Beliau adalah calon terbaik setakat ini untuk membawa perubahan.

– AKAR UMBI

KENAIKAN harga barangan keperluan secara senyap-senyap seperti tidak boleh dikawal lagi. Kerajaan perlu bertindak tegas termasuk mencari kaedah terbaik menurunkan harga semula.

– SUSAH HIDUP

KE mana perginya persatuan-persatuan pengguna seperti FOMCA dan Persatuan Pengguna Islam ketika harga barangan terus naik?

– FATIMAH OSMAN

HAIRAN Pas boleh bertukar wajah apabila bersekongkol dengan DAP. Tidak lagi berpegang kepada gagasan menegakkan negara Islam hukum hudud.

– HAJI MAN

KENAPA media negara Zionis condong menyokong Anwar Ibrahim. Kita patut buat kajian.

– WARGA PATRIOT

HAJI Hadi perlu jawab tentang fatwanya mengharamkan UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi kini sertai pakatan dengan DAP yang menolak negara Islam.

– ADA PRINSIP

SYABAS kepada Pas yang akhirnya mencontohi UMNO bekerjasama dengan parti bukan Islam. UMNO sudah lakukan lima dekad lalu.

– PENSYARAH BARU

GEMBIRA dengan penjenamaan semula pembangkang atas nama Pakatan Rakyat. Harap benar-benar berorientasikan rakyat dengan tunaikan segala janji.

– TUNTUT JANJI

SEDARLAH tatkala tanah dan negeri sendiri dikuasai orang lain, anak-anak Melayu masih selesa berpeleseran, merempit dan hanyut diulit gejala sosial.


– TUN TEJA

ORANG Melayu, ayuh jangan lakukan kesilapan yang sama. PKR dan Pas tidak ada semangat Melayu. Sanggup jadi pak turut DAP.

– PENGUNDI

0 ulasan: