Khamis, 10 April 2008

Ambil iktibar wabak JE - Surat 5


TERESA Kok begitu gembira dan ghairah apabila projek pembangunan ladang babi yang menelan belanja RM100 juta diluluskan. Saya sebagai umat Islam dan selaku anak muda di negeri ini terpanggil untuk memberikan pandangan buat Kerajaan Negeri Selangor yang baru dibentuk ini.

Adalah lebih baik dan afdal andai wang yang diluluskan untuk projek mega ini disalurkan untuk kesejahteraan rakyat negeri Selangor dan faedahnya tentu boleh dikongsi untuk semua kaum.

Projek ini bakal menyemarakkan api kemarahan umat Islam khasnya dan ketahuilah Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berdaulat. Percayalah tentangan pasti datang daripada rakyat jelata.

Sudah menang, hadiahkanlah dengan projek yang boleh dibanggakan dan berfaedah. Bukannya ladang babi yang bukan satu kepentingan untuk rakyat jelata. Ketahuilah, dalam Islam babi begitu sensitif buat kami.

Buat pakatan pembangkang kotakan janji anda dahulu. Kenapa tangguhkan lagi?

BELIA MUSLIM

Klang.

Sumber Utusan Malaysia

0 ulasan: