Khamis, 10 April 2008

Ambil iktibar wabak JE - Surat 3


INI adalah komen saya sebagai seorang pelajar di salah sebuah universiti di Australia setelah mengikuti isu kelulusan ladang babi bernilai RM100 juta di Sepang, menerusi Internet.

Jika ladang babi terpaksa diwujudkan di negara kita sebagai memenuhi hak orang bukan Islam, saya setuju sebuah ladang yang ‘bersih’ dan berteknologi tinggi diwujudkan, untuk mengurangkan pencemaran sebanyak mungkin.

Saya setuju sekiranya semua ladang babi di Selangor ditutup dan semuanya dipusatkan pada ladang babi yang ‘bersih’ dan moden tersebut.

Ladang moden yang ingin diwujudkan di Sepang itu sudah tentu lebih baik dari ladang babi yang sedia ada di Sepang yang mungkin tidak terurus dengan baik.

Namun begitu, disebabkan Sepang ialah kawasan yang dikatakan majoritinya didiami orang Islam, diharapkan semua ladang babi di situ ditutup dan dipindahkan ke lokasi lain di Selangor yang majoritinya didiami orang bukan Islam.

Binalah ladang yang moden dan canggih itu di lokasi tersebut. Lagipun, lapangan terbang kita di Sepang. Walaupun ladang itu dikatakan moden, manalah tahu semua pengunjung yang baru tiba di Malaysia disambut dengan bau semacam pula nanti. Di Seputeh masih ada kawasankah untuk bina ladang babi tersebut?

IDHAM

Canberra.

Sumber Utusan Malaysia

0 ulasan: