Khamis, 10 April 2008

Hentikan projek ternak babi -- Surat 2


SAYA ingin mengulas topik yang sedang hangat dibualkan sekarang iaitu projek ternakan babi yang moden yang diuar-uarkan telah diluluskan oleh kerajaan Selangor, baru-baru ini.

Saya benar-benar rasa sakit hati dan marah kerana kerajaan campuran diterajui PKR, DAP dan Pas ini nampaknya terlalu gelojoh. Mungkin keinginan pemimpin DAP sudah lama terpendam dan baru sekarang dapat direaliasasikan kerana sudah dapat memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor.

Kalaupun hendak sangat bina ladang ternakan babi takkanlah secara besar-besaran, tidak cukup lagikah ladang sedia ada di seluruh negara untuk keperluan daging kepada orang Cina tempatan?

Seperkara lagi, kenapa hendak laksanakan projek ternakan babi itu di daerah Sepang yang majoriti penduduknya orang Melayu. Kenapa tidak pilih kawasan yang majoriti penduduknya orang Cina kerana yang hendak makan daging babi itu bukan orang Islam.

Orang Cina sedap-sedap makan daging babi, orang Melayu pula terpaksa menghidu bau busuk dan berdepan dengan masalah pencemaran.

Akhirnya, bila orang Melayu tidak tahan lagi menghadapi semua masalah itu, lama-kelamaan mereka terpaksa menjual tanah mereka kepada kaum lain. Bila tiba pilihan raya, senanglah DAP hendak menguasai Sepang pula. Ini mungkin strategi Teresa Kok. Jadi renung-renungkanlah wahai bangsaku.

SAKIT HATI

Banting.

Sumber Utusan Malaysia

0 ulasan: