Rabu, 9 April 2008

SMS PILIHAN 9 APRIL 2008

SMS

SEKARANG apa sudah jadi? Tiga Exco Pas bersekongkol meluluskan pusat ternakan babi yang termoden di Selangor. Apa pandangan Hadi Awang.

– 013-4048XXX

TAHNIAH kepada Exco Selangor kerana meluluskan projek ladang babi. Lepas ini apa pula Pakatan Rakyat nak buat? Sedarlah semua orang Selangor.

– RAKYAT PRIHATIN

JANGAN benarkan ladang babi di bumi Malaysia ini. Import sahaja. Jika lembu dan kambing boleh, kenapa babi tidak.

– ULONG

MALAYSIA adalah negara Islam. Buat apa lulus projek ternak babi sehingga RM100 juta.

– PKR PENANG 233

BANYAK yang boleh dibuat dengan kos 100 juta, kenapa ladang ternakan babi yang diutamakan?

– SEDIH

DIHARAP janji Pas yang memberikan hak istimewa kepada kaum Cina membeli tanah di Kelantan diberi perhatian. Hak Melayu makin terpinggir.

– PEJUANG MELAYU

BOIKOT barang Belanda? Yang mudahnya jangan import barang Belanda.

– ADIB

CARILAH alternatif lain selain daripada bertelagah sesama sendiri. Benarkah jika tumbang Pak Lah, UMNO kukuh? Jangan sampai kapal pecah, yu yang kenyang.

– NINJAMAN

SYABAS tindakan segera kerajaan Malaysia menyelamatkan Sufiah. Rakyat Malaysia memang penyayang dan baik hati.

– AHO, BALING

MENGENAI Kempen Selamatkan Sufiah, saya sokong pendapat pembaca Forum agar utamakan gadis Malaysia dulu daripada Sufiah.

– ZULIM

SEKOLAH kebangsaan ada empat buah di Taman Universiti, Skudai tetapi sekolah agama cuma dua buah. Cuba agak berapa ramai yang tidak sekolah agama atau berapa ramai dalam satu kelas.

– 019-7262XXX


KECEWA dengan Pas Perak yang tidak bijak gunakan kuasa Menteri Besar untuk dapatkan lebih Exco Melayu.

– ANTI PEMIMPIN LEMBIK

0 ulasan: