Khamis, 10 April 2008

SMS PILIHAN 10 APRIL 2008

SMS

Sumber Utusan Malaysia

SEMASA kempen pilihan raya lalu, Pas bantah semua projek ternakan babi tetapi sekarang sokong luluskan sehingga RM100 juta. Mana prinsip?

– ORANG LAMA

JANGAN pula nanti babi lebih banyak daripada penduduk Selangor di bawah pemerintahan DAP-PKR-Pas.

– ANTI WABAK JE

KALAU kerajaan campuran di Selangor benar-benar berjiwa rakyat, tanya dulu rakyat sebelum luluskan projek ternakan babi RM100 juta.

– HAJI MAN

NAMPAK sangat MB Selangor jadi boneka DAP dan Pas pula tidak berani dengan DAP.

– KECEWA SANGAT

DULU ketika wabak JE, Pas hina kerajaan dan pemimpin Pusat dengan gelaran ‘jaga babi’ dan sebagainya. Kini siapa jaga babi?

– DR. SOSIAL

APA dah jadi, negara Islam menternak babi beratus juta ringgit. Apalah nak jadi, kes di Melaka tak selesai ini ditambah pula di Sepang.

– REENZ SELANGOR

PERIBAHASA talam dua muka, 100 peratus simbolik dengan parti Pas kerana turut mengutamakan dan meluluskan projek babi mega.

– SIMPATI

PAS dan DAP bertelagah fasal hukum hudud tetapi fasal isu babi tak bertelagah, malah sokong lagi.

– ANAK KELANTAN

LEBIH baik RM100 juta digunakan bantu ibu tunggal dan anak yatim piatu dari semua kaum di Selangor.

– TUNTUT JANJI

YAKIN kerajaan Selangor akan kaji semula untuk membatalkan Projek Khinzir Raksasa.

– AZRI AZMAN

MULA-mula hapuskan DEB/DPN, kemudian luluskan projek ternakan babi mega. Inilah akibat undi PKR dan DAP. – TUNGGU PRU-13

KEDAH dikenali sebagai jelapang padi, nanti Selangor pula jadi jelapang babi.

– MAKCIK SEDIH, KLANG

TAHNIAH pengundi Islam Selangor yang mengundi Pakatan Rakyat kerana mendapat saham akhirat kerana kerajaan Selangor meluluskan projek ternakan babi (RM100 juta).

– PMK

JANJI-JANJI dalam manifesto belum ditunaikan lagi. Babi yang tiada dalam manifesto ditunaikan dulu.

– FAISAL, SHAH ALAM

0 ulasan: