Khamis, 13 Mac 2008

DAP bela orang Melayu? dengan mansuh DEB -- Surat 3

SAYA memohon agar semua orang Melayu bangkit menentang cadangan kerajaan negeri Pulan Pinang yang ingin memansuhkan DEB. Dasar itu merupakan sebahagian daripada kontrak sosial yang telah diterima secara implicit dalam Perkara 153 Perlembagaan.

Apa hak Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang ingin memansuhkan peruntukan tersebut?

Saya bukan pakar dalam soal perlembagaan tetapi saya faham tentang istilah ultravires yang menyatakan jika peruntukan undang- undang kerajaan negeri bercanggah dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, maka ia tidak boleh dilaksanakan.

Ini ialah sebahagian daripada kontrak sosial yang telah diterima dalam usaha mencapai kemerdekaan negara.

Berapa kali hal ini hendak diulang dan diperingatkan?

Saya memohon Kerajaan Pusat dan orang Melayu mengadakan perhimpunan atau menghantar referendum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan perkara seperti ini tidak akan dilaksanakan.

Kenapa mendiamkan diri sekarang wahai orang Melayu? Apakah kita mahu melihat kerajaan sekarang jatuh?

– ISMARIAH ZAINAL ABIDIN,

Bangi.

Sumber Utusan Malaysia

0 ulasan: