Khamis, 13 Mac 2008

DAP boikot MB Pas - Ingkar Titah Sultan Perak

Kit Siang arah pulau majlis angkat sumpah kerajaan campuran Perak

PETALING JAYA: Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas yang membentuk kerajaan campuran di Perak, mula goyah apabila semua 18 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP di negeri itu mahu memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar, petang ini.

Tindakan itu diambil berikutan keputusan Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semalam, yang memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.


Pengerusi Suruhanjaya Perancangan Dasar dan Strategik DAP, Lim Kit Siang, berkata keputusan melantik Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar mencetuskan kejutan dan kemarahan pimpinan, ahli serta penyokong DAP.

Beliau berkata, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP hanya memberi kelulusan bagi pembentukan sebuah kerajaan campuran parti pembangkang di Perak dengan diketuai DAP atau PKR.

Dalam kenyataan yang disiarkan laman web DAP sejurus selepas pengumuman pelantikan Mohammad Nizar, Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, mesyuarat tergempar CEC di Pulau Pinang Ahad lalu, meluluskan penubuhan kerajaan campuran di Perak merangkumi 18 Adun DAP, tujuh PKR dan enam Pas.

"DAP bersedia menerima pelantikan Pengerusi DAP Perak merangkap Adun Sitiawan, Ngeh Koo Ham atau Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari PKR sebagai Menteri Besar.

"Pelantikan Mohammad Nizar dari Pas, parti gabungan ketiga atau yang terkecil dalam komponen kerajaan campuran itu, tidak mendapat mandat dan restu CEC. Semua Adun DAP Perak akan memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar," katanya.

Sumber Berita Harian

p/s: Apabila sudah mendapat kuasa, Kedaulatan Raja sebagai pemerintah dipertikai dan dipersenda...

0 ulasan: