Khamis, 13 Mac 2008

DAP mohon maaf mengenai lantikan MB Perak

KUALA LUMPUR: DAP memohon maaf atas kenyataannya semalam bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu membantah pelantikan setiausaha perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

"Kenyataan tiga perenggan saya pada jam 7 malam tadi bahawa mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat DAP pada 9 Mac tidak memberi kelulusan bagi seorang Menteri Besar PAS mengetuai kerajaan campuran negeri Perak bukan dibuat kerana tidak menghormati Pemangku Raja Perak yang saya sentiasa beri sanjungan tertinggi, dan saya memohon maaf jika menyebabkan tersinggung perasaan," kata penasihat parti itu Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kenyataan semalam dibuat berdasarkan kedudukan DAP pada ketika itu.

"Terdapat rundingan dan perkembangan selanjutnya mengenai perkara itu beberapa jam selepas kenyataan tersebut.

"Kenyataan mengenai kedudukan terbaru akan dibuat," kata beliau.

Malam tadi, Lim, yang juga MP bagi Ipoh Timur berkata parti itu terkejut dengan keputusan itu (pelantikan MB).

Sumber Berita Harian

p/s: Beginilah apabila Kedaulatan Raja mula dipertikaikan dan dipersenda oleh orang bukan melayu...




0 ulasan: