Selasa, 18 Mac 2008

Tahniah Anwar bantu lemahkan kuasa Melayu


TAHNIAH kepada Anwar Ibrahim kerana berjaya menggerakkan tindakan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Apa Anwar peduli, sebab dia sudah kaya. Kalau negara huru-hara, dia boleh bawa anak isteri ke luar negara, kawan baik pun ramai di sana, pergi jahanam dengan Malaysia.

Tahniah kepada Anwar kerana berjaya mendalangi demonstrasi dan perhimpunan haram semata-mata kerana kuasa. Hindraf pun disokong juga. Mungkin orang Melayu pun boleh ikut sama pada ketika tanah rizab sudah tidak ada, hak dalam ekonomi pun sudah sama rata.

Melayu Pulau Pinang pun sudah mula merayu kepada pemimpin bukan Melayu supaya mereka tidak terperosok ke penjuru. Lepas ini di mana pula, mungkin Perak dan Selangor juga, tapi apa nak dikata, orang Melayu sendiri yang rela, nak kata apa, padan muka?

Tahniah kepada Anwar kerana telah menanamkan azam di dada saya untuk mendidik anak-anak sendiri supaya sentiasa berhati-hati dan jangan mudah lupa diri, hidup mati insya-Allah di sini, menyokong DAP dan PKR jangan sekali! Hai orang Melayu, merekakah pemimpin yang kita mahu?

– IBU SAYANG ANAK,

Melaka.

Sumber Utusan Malaysia

0 ulasan: