Khamis, 13 Mac 2008

SMS Pilihan Hari Ini 13/3/2008

UMNO perlu serius mencari punca kenapa majoriti orang Melayu berpaling tadah pada pilihan raya umum lalu.

Saya bimbang jika perkara ini tidak ditangani segera, gandingan DAP dan PKR akan mengukuhkan kedudukannya di Sabah, Sarawak dan negeri

selatan.

– VETERAN UMNO

SOKONG saranan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya semua pemimpin

UMNO menilai diri secara jujur dalam memulihkan sokongan rakyat terhadap parti dalam pilihan raya ke-13 nanti.

– ANAK MALAYSIA

JANGAN salahkan rakyat memilih pembangkang, sebaliknya renung kembali kelemahan kenapa rakyat bersikap begitu.

– 019363XXXX

TIADA lagi keistimewaan Melayu yang dapat dipertahankan di Pulau Pinang. Cara halus DAP mahu menghalau Melayu. Pas dan PKR tidak sedar lagi.

– MAMU

TERINGAT lagu Warisan yang dinyanyikan semasa di kem Biro Tata Negara. Sudah benar-benar terjadi kepada kaumku. Alangkah sedihnya.

– 1333

WAHAI rakyat Selangor, ingatlah

sejarah negeri ini yang dahulunya serba kekurangan dan kini telah maju begitu mudah dirampas oleh pembangkang hanya bermodalkan ceramah hasutan.

– 013670XXXX

‘TAHNIAH’ kepada orang Melayu Pulau Pinang kerana undi anda telah membinasakan anda sendiri. Pada pilihan raya akan datang, undi lagi DAP ye!

– MELAYU KECEWA

TIDAK sanggup hendak hidup dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru ini. Harap lima tahun lagi pentadbiran akan normal macam tahun sebelum ni.

– DAK Selangor

ORANG Melayu kena jadi orang yang bertakwa. Hanya cara ini sahaja orang Melayu pasti akan berjaya.

– MOHTAR, Bukit Mertajam.

BENAR kata Tun Dr. Mahathir, Melayu mudah lupa. Sikit masa lagi Melayu akan dilupakan. Tahniah kepada Melayu pelupa.

– TOK WAK

MINTA Kerajaan Pusat pimpinan UMNO supaya lebih bertegas dalam menjaga kebajikan orang Melayu negara kita.

– ZAKARIA, Selangor

Sumber Utusan Malaysia

0 ulasan: