SETELAH saya ikuti keluhan pembaca dalam ruangan Forum tanpa saya sedari mengalir air mata mengenangkan pembabitan saya bersama kempen pembangkang dan teruja menghadiri ceramah Anwar Ibrahim yang kononnya ingin membawa satu perubahan.
Terpengaruh dengan kata-kata beliau, saya dan rakan-rakan dengan bangga mencanang untuk menjatuhkan beberapa pemimpin yang mana ketika itu bernaung di bawah Barisan nasional (BN) dan akhirnya berjaya.
Sekarang baru saya sedar. Tidak sangka sama sekali masa depan bangsa Melayu tergugat setelah melihat perkembangan baru di Pulau Pinang.
Parti DAP akhirnya yang mencapai kejayaan besar terutama di negeri itu. Mereka begitu angkuh dan tidak sabar-sabar untuk melaksanakan agenda mereka termasuk meniadakan DEB sedangkan ramai orang Melayu yang masih miskin dan ketinggalan.
Apakah kita boleh mengharap ihsan DAP untuk membantu Melayu dalam realiti baru ini? Ternyata semua ini berlaku kerana ada orang meracun bangsa Melayu sendiri.
Tetapi nasi sudah menjadi bubur.
– H. JEBAT,
Kuala Selangor.
0 ulasan:
Catat Ulasan