Sumber Utusan Malaysia
KEPUTUSAN pilihan raya sudah diketahui dan kini rakyat perlu tunggu apa yang akan dilakukan oleh semua parti yang menang dalam memenuhi janji mereka. Ingat rakyat ada kuasa mengundi.
– 014-362XXXX
PEMIMPIN-pemimpin Melayu dalam PKR dan Pas, anda semua kena pastikan kepentingan orang Melayu tidak dinafikan selepas pembangkang membentuk kerajaan negeri terutama Pulau Pinang dan Perak.
– ANAK NELAYAN
KERAJAAN jangan lagi pandang remeh suara rakyat. Semoga semuanya akan menjadi pengajaran.
– RAKYAT
TAHNIAH kepada ‘orang Melayu’ kerana undi anda menikam diri sendiri, sedarlah sikit!
– SAKIT HATI
KERAJAAN sudah beri cuti Thaipusam di Wilayah Persekutuan tetapi kaum India pilih pembangkang.
– AKAN INGAT
ORANG Melayu janganlah terlalu taksub dengan pembangkang. Jangan biarkan sejarah berulang dan terpaksa mengemis di tanah air sendiri.
– ELY
PUCUK pimpinan negara perlu melantik lebih ramai pemimpin Terengganu ke jawatan menteri, timbalan menteri sebagai membalas budi rakyat negeri itu yang memilih BN. Budi perlu dibalas.
– AHMAD MUDA, Terengganu
APA hendak jadi dengan rakyat Kelantan, setelah banyak ‘madu’ dicurahkan oleh Kerajaan Pusat seperti peruntukan tahunan lebih RM7 bilion, universiti awam dan jawatan penting Kabinet, tuba juga diberikan kepada BN. Kenanglah jasa sikit.
– AWANG, Kota Bharu
HARAP masalah pengusaha feri di Langkawi (di bawah pemerintahan baru Pas), menaikkan tambang perlu diatasi segera kerana itulah saja pengangkutan yang termampu oleh sebahagian besar penduduk pulau itu.
– ZULKIFLI, Langkawi
0 ulasan:
Catat Ulasan