Isnin, 17 Mac 2008

Surat 3 - pemimpin melepaskan jawatan atau berundur bukan penyelesaiannya

SAYA berharap permainan salah-menyalahkan dalam BN dapat dihentikan segera selepas kejayaan pembangkang menawan lima negeri.

Meminta para pemimpin melepaskan jawatan atau berundur bukan penyelesaiannya. Jika itu dilakukan dalam keadaan hari ini, ia akan memburukkan lagi keadaan terutama parti UMNO yang masih menjadi nadi orang Melayu.

Maka saya tidak nampak mengapa perlu ada gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Saya fikir langkah sedemikian hanya akan membuka ruang risiko lebih besar kepada perpecahan dalam BN.

Kalau kita masih ingat, Pas Terengganu pernah kalah teruk di tangan BN dalam pilihan raya 2004 sehingga kerajaan negeri pimpinan parti itu beralih kepada BN.

Tetapi Presiden Pas, Haji Hadi Awang tidak meletakkan jawatan dan ahli-ahli parti itu terus bersatu. Yang penting sekarang ialah UMNO mesti bersatu dan perkukuhkan barisan.

– ZAMANI ZAMAN Ipoh.

Sumber Utusan Malaysia

0 ulasan: