Jumaat, 14 Mac 2008

SMS Pilihan Hari Ini 14/3/2008

KEPADA DAP, jangan bermain dengan api. Jika pun anda memerintah di Pulau Pinang, hargai sokongan pengundi Melayu kepada Pas dan PKR (pakatan pembangkang) di negeri lain ke atas parti anda. Janganlah angkuh dengan tamatkan DEB.

– JIWA INSAF

SAYA sedih kerana Anwar Ibrahim dan pemimpin Pas yang menjalin pakatan dengan DAP di peringkat nasional sebelum pilihan raya gagal menghalang DAP daripada menghapuskan DEB.

– PENYOKONG PKR

MENANGIS ibuku seharian atas kekalahan negeri Selangor. Kenapa orang Melayu berpaling tadah. Teringat aku filem Embun, Melayu jadi tali barut kepada Jepun. Sekarang rasakanlah orang Melayu.

– BELIA 1983, Selangor

TAHNIAH kepada rakyat Kedah ‘undi’ anda memang ‘baguih’. Tidak sampai empat hari jadi MB, harga tiket feri pun tidak boleh kawal. Tak tahu lagi 4 tahun?

– SNIPER, Kedah

HARAP Anwar Ibrahim pertahankan kepentingan Melayu Pulau Pinang tetapi dia juga sokong penghapusan DEB.

– HAJI MAN, Gerik

KESULTANAN Melayu Perak tidak dihormati oleh Cina DAP. Adakah ini kebanggaan pengundi Melayu terutama di Perak?

– HUSIN SAID

Pemimpin dan ahli UMNO harus keluar dari kepompong keselesaan. Keluar menemui rakyat, bermesra dengan rakyat. Jangan cuma bermesra bila tiba pilihan raya.

– KIENA, KL

BERTELAGAH pasal politik tak guna, nasi dah jadi bubur. Kepada Pak Lah aktifkan Biro Tata Negara, dari sekarang beri kursus kepada orang muda yang asyik menentang, insya-Allah.

– GERAM

UMNO dan Pas perlu mencari jalan penyelesaian untuk memastikan kesinambungan politik kaum Melayu. Jangan sampai mengemis di tanah air sendiri.

– ARY SHAH ALAM

TAHNIAH kepada kaum India kerana menerusi undi anda, kita telah kehilangan suara dalam Kerajaan Pusat.

– INDIA MALAYSIA

TAHNIAH Melayu Pulau Pinang. Anda telah membuat satu perubahan yang betul, perubahan yang ‘membinasakan’ diri sendiri.

– GENERASI-X

SEBELUM terpejam mata, mendoakan agar UMNO, Pas dan Keadilan bersatu mendukung kedaulatan bangsa Melayu. Ini tanah tumpah darah kita, warisan nenek moyang kita. Tergadai negara di mana kita?

– NINA

DAP harus sedar bahawa perlembagaan negeri beraja tidak benarkan bukan Melayu menjadi MB. Di Johor, Melayu keturunan Arab juga tidak boleh menjadi MB. Jangan naikkan kemarahan Melayu, yang terlalu beralah.

– WARGA PATRIOTIK

0 ulasan: